Kemaskini terakhir: 26 April 2026
Dengan menggunakan Tahfiz.AI ("perkhidmatan"), anda bersetuju dengan terma ni. Kalau anda tak setuju, sila jangan guna perkhidmatan kami.
Tahfiz.AI ialah aplikasi pembelajaran hafazan Al-Quran yang menggunakan teknologi AI untuk memberi feedback asas kepada pengguna. Perkhidmatan ni bukan ganti pengajian dengan ustaz atau ustazah secara fizikal. Untuk perfect tajwid dan validation hafazan, kami sarankan pengguna tetap belajar dengan guru qari yang bertauliah.
Kami beri jaminan pulangan 100% dalam 7 hari pertama selepas pembayaran. Untuk memohon refund:
Pelanggan Tahfiz.AI layak menyertai program affiliate dengan komisen 30% untuk setiap referral yang berjaya. Komisen dibayar dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh refund. Spamming atau penyalahgunaan link akan menyebabkan akaun ditangguhkan.
Semua kandungan dalam Tahfiz.AI termasuk audio qari, terjemahan, sistem AI, design, dan kod adalah harta intelek Tahfiz.AI atau pihak ketiga yang dilesenkan. Audio qari Mishary Al-Afasy dan terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih digunakan dengan kebenaran melalui API Al-Quran Cloud.
Tahfiz.AI disediakan "as-is" tanpa jaminan tertentu. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung yang timbul daripada penggunaan aplikasi. Tanggungjawab maksimum kami adalah terhad kepada jumlah yang anda bayar dalam 12 bulan terakhir.
Kami berhak menamatkan akaun yang melanggar terma ni tanpa notis. Pengguna boleh memadam akaun bila-bila masa melalui e-mel ke support@tahfiz.ai.
Terma ni boleh dipinda dari semasa ke semasa. Notifikasi pembaharuan akan dihantar melalui e-mel kepada pengguna aktif. Penggunaan berterusan selepas pembaharuan dianggap sebagai persetujuan kepada terma baru.
Terma ni dikawal oleh undang-undang Malaysia. Apa-apa pertikaian akan diselesaikan di mahkamah Malaysia.
E-mel: support@tahfiz.ai